PEMBUKA BICARA :
“… kita semua sedia maklum akan sifat penjajah yang suka
merombak-rombak sesebuah negara yang dijajah, maka kedatangan penjajah
Inggeris, Belanda, Perancis dan lain-lain telah menyebabkan Alam Melayu yang
subur, aman, makmur dan kaya raya ini turut terkocak dan bergelombang jiwa
dalam tenang…”
“… penulis mengajak pembaca untuk keluar sementara daripada paradigma
lama dan bersama-samalah kita menyelak helaian demi helaian catatan ini sambil
berfikir dengan tenang dan kritis, agar tersingkap tirai fantasi yang telah
menghijab kisah realiti sebuah bangsa yang telah lama dipandang sepi…”
THAILAND :
THAILAND :
“… yang mengejutkan dalam ekspedisi pertama ini
adalah apabila penulis mendapati ada beberapa buah perkampungan Melayu di
Ayuthia. Seorang imam yang sempat ditemu bual mengatakan bahawa orang Melayu
telah mendiami Ayuthia sejak zaman-berzaman lagi.,,"
“Terasa juga kesedihan kerana bumi yang dipijak itu sudah dikerat menjadi milik orang. Berapa kerat sahaja lagi tanah yang asalnya milik bangsa yang berkulit ciku masak ini yang tinggal? Penulis mula bertanya…”
KEMBOJA :
“Terasa juga kesedihan kerana bumi yang dipijak itu sudah dikerat menjadi milik orang. Berapa kerat sahaja lagi tanah yang asalnya milik bangsa yang berkulit ciku masak ini yang tinggal? Penulis mula bertanya…”
KEMBOJA :
“
Bahana perang dan genocide pada
zaman Pol Pot yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa orang
Melayu Cham yang tidak berdosa telah melenyapkan hampir keseluruhan budaya dan
sejarah masyarakat tersebut, membuatkan generasi baharu tercari-cari identiti,
jati diri dan sejarah bangsa…”
“Istana Angkor Bayon yang telah dibina oleh raja Melayu Cham, yang
kini menjadi nisan sejarah di bawah selian UNESCO, telah mengingatkan kita
supaya jangan pula nanti terkubur tanpa nisan…”
VIETNAM :
VIETNAM :
“Champa ialah nama lama bagi Vietnam, manakala Kambayad Negara pula
ialah nama lama bagi sebuah negara yang luas, yang kedudukannya merangkumi
kawasan yang menjadi sempadan kedua-dua buah Negara, iaitu Vietnam dan Kemboja
hari ini. Nama tersebut tercatat dalam sebuah peta Kerajaan
Ottoman..."
“Jangan lupakan kami! Pesan mereka sebelum kami meninggalkan kampung itu menuju ke Saigon.
Dalam pada itu terlihat pula kerut wajah pedih seorang anak jantan wilayah
Kambayad Negara ini yang baru bersuci ‒ masuk Jawi!”
LAOS :
LAOS :
“…seorang pegawai di Kedutaan Malaysia membawa kami melawat komuniti kecil masyarakat Melayu Islam di
Vientiane yang berpusat di Masjid al-Azhar. Mereka bermazhab Syafi’e dan
merujuk kitab ulama-ulama Melayu Nusantara dahulu kala dalam menyampaikan
pendidikan Islam…”
“…Gong Perdamaian Dunia yang berbahasa Melayu juga terdapat di sini.
Gong yang sama juga terdapat
di Bali-Indonesia, Geneva-Switzerland, Shandong-China
dan Godollo-Hungary…”
CHINA :
CHINA :
“Ekspedisi menyeberang ke China melalui wilayah Pergunungan Selatan
ataupun Yun Nan merupakan kemuncak kepada perjalanan kami. Tanpa hubungan erat
antara kedua-dua buah negara; kira-kira 40 tahun yang lalu, ekspedisi ini
mungkin tinggal angan-angan. Hubungan diplomatik yang terjalin antara Malaysia dan Komunis China telah dirintis oleh...”
“Deng menekankan bahawa sosialisme “bukan bermakna berkongsi
kemiskinan.” Konsep ini bersesuaian dengan konsep zakat dalam Islam yang
menekankan perihal berkongsi sedikit hasil kekayaan dengan orang miskin. Islam
tidak pernah mengalakkan umatnya hidup melarat”
BURMA :
BURMA :
“Masjid ini umpama jantung komuniti
Islam di sini. Para pendakwah di
sini mengatakan ramai lagi puak-puak bukit di pedalaman wilayah utara ini yang
masih tidak mengenali Islam. Dalam erti kata lain, belum sampai risalah Nabi
Muhammad SAW kepada mereka. Maka, masih banyak usaha yang perlu dilakukan di
wilayah sekitarnya”
“Wilayah yang terletak
di sempadan tiga buah negara termasuk Burma dan
Laos ini juga dikenali sebagai kawasan Segitiga Emas Candu atau the Golden
Triangle. Chiang Rai ialah tempat persinggahan kami sebelum memasuki daerah
Tachileik di Burma”
RANGKUMAN BICARA :
RANGKUMAN BICARA :
“… falsafah hidup tentang berbuat kebaikan, “buat baik berpada- pada,
buat jahat jangan sekali”, falsafah tentang tekad dan kesungguhan “genggam bara
api biar jadi arang”, falsafah mempertahankan hak “biar putih tulang jangan
putih mata”. Ini semua falsafah yang dihasilkan oleh orang Melayu tentang
perihal kehidupan…”
“…tidak terlintas langsung dalam fikiran penulis bahawa ada juga orang
Melayu di luar sempadan Tanah Melayu ini yang sudah tidak mampu bertutur dalam
bahasa Melayu seperti orang Melayu di Malaysia...”
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Setiap pembelian buku ini melalui WarisAlam
merupakan sumbangan ke Tabung Projek
JEJAK WARISAN JAWI
DAPATKAN BUKU INI SEGERA
RM 85.00 setebal 320 halaman dan melebihi 230 foto berwarna.